Menurut rakan-rakan saya, congkak merupakan permainan yang lebih menarik dibandingkan gasing. Permainan congkak boleh dimainkan oleh lelaki atau perempuan. Banyak rakan-rakan saya yang berjenis kelamin perempuan sudah memainkan permainan ini semenjak mereka kecil. Salah satu dari rakan saya berpendapat bahawa permainan congkak itu menyenangkan dan melatih fikiran kita. Ada pula orang berfikir bahawa bermain congkan boleh membuat kita lebih pintar.
Alasan lain mengapa congkak disukai banyak orang ialah nilai budaya yang dimiliki oleh permainan tersebut. Ketelitian, kecerdasan dan kejujuran ialah tiga sifat yang paling harus diperhatikan dalam permainan congkak. Ketelitian membantu kita untuk memasukkan buah congkak dengan benar, seperti tidak melakukan kesalahan dengan memasukkan buah congkak ke lubang induk pemain lawan, atau kesalahan-kesalahan lain. Kecerdasan berguna kerana hal ini boleh memenangkan pemain ketika permainan berlangsung. Sementara kejujuran diharapkan agar masing-masing pemain bersikap sportif, dan tidak menipu lawannya ketika lawan tersebut dalam keadaan lengah.
Menurut saya, permainan congkak ini merupakan salah satu permainan yang saya gemari sejak kecil. Saya bermain congkak kerana permainan ini tidak susah untuk dimainkan. Kadang-kadang saya dan saudara saya bertanding congkak sewaktu saya masih kecil. Saya berharap agar permainan congkak akan terus dimainkan dari generasi ke generasi.
Rakaman video bermain congkak. Selamat menonton.....
Wednesday, July 23, 2008
Apakah congkak merupakan permainan tradisional yang digemari oleh orang?
Posted by bb2008sherly at 10:14 PM 0 comments
Tuesday, July 22, 2008
Alat-alat untuk membuat Congkak
Saya pernah bermain congkak, tetapi saya tidak tahu bagaimana cara congkak dibuat atau peralatan yang diperlukan untuk membuat congkak. Kita harus menghargai usaha orang-orang yang sudah membuat congkak sehingga kita hanya perlu membeli dan langsung memainkan permainan tersebut dengan mudah. Apalagi ketika saya menemukan kalau proses pembuata congkak tidaklah mudah kerana diperlukan ketelitian yang besar untuk membuatnya.
Congkak dibuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan tukang pembuat congkak.
Cara pertama ialah kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut panjang papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.
Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang.
Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’. Lubang-lubang ini mempunyai jumlah bilangan tertentu. Lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’. Pahat yang bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.
Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap.
Informasi di atas daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak
Posted by bb2008sherly at 12:04 PM 0 comments
Monday, July 21, 2008
Proses Permainan Congkak
Permainan ini diawali dengan pengundian untuk menentukan siapa pemain pertama yang memasukkan buah congkak ke dalam lubang-lubang yang ada. Setelah pengundian ini selesai dengan kemenangan diraih oleh salah satu dari dua pemain tersebut, maka kedua pemain boleh mula untuk memasukkan buah congkak ke dalam masing-masing lubang. Setiap lubang diisi 7 buah congkak. Setelah itu, pemain yang memenangkan undian mengambil 7 buah congkak di salah satu lubang kampung miliknya, dan kemudian memasukkannya satu persatu hingga ke lubang induk dengan mengikuti arah jarum jam. Dari lubang induk, terus ke lubang kampung hingga ke lubang induk milik lawan. Ketika berada di dekat lubang induk milik lawan, pemain ini tidak boleh memasukkan buah congkak ke dalamnya, tetapi dia harus melangkahi ke lubang kampung berikutnya. Apabila buah congkak di tangan berakhir di salah satu lubang kampung milik sendiri atau lawan, permainan dilanjutkan dengan cara mengambil semua buah congkak yang ada di dalam lubang terakhir itu. Permainan pun dilakukan seperti sebelumnya. Permainan akan dilanjutkan oleh pemain lain, apabila buah congkak terakhir masuk ke lubang kosong yang di depannya juga terdapat lubang kosong. Jika di depan lubang kosong tersebut ada isinya, hal ini disebut dengan istilah 'tembak'. 'Tembak' mengartikan bahawa buah congkak di dalam lubang itu harus diambil semua, dan kemudian permainan dilanjutkan oleh pemain lain tersebut. Apabila perjalanan permainan ini tidak sampai memutar penuh, maka permainan dilanjutkan oleh pemain berikutnya. Permainan congkak akan berakhir jika 7 buah lubang kampung daripada salah satu pemain telah dikosongkan kosong daripada buah congkak. Pemain yang terlebih dulu mengosongkannya dinyatakan sebagai pemenang.
Informasi di atas diambil daripada http://culture.melayuonline.com/?a=cXd3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=
Gambar diambil daripada http://www.johnnyjet.com/image/PictureForNewsletterMalaysiaTanjongJaraFoodStallsGames.JPG
Posted by bb2008sherly at 8:47 PM 0 comments
Sunday, July 20, 2008
Aturan permainan congkak
Setiap permainan tradisional mempunyai aturan permainan. Aturan permainan untuk permainan congkak harus diketahui oleh setiap pemain sebelum mereka memula permainan. Peraturan tersebut tidaklah susah untuk dipelajari. Di bawah ini adalah aturan permainan congkak.
1. Congkak dimainkan di papan congkak yang berukuran panjang dan lebar 50 x 20 cm dengan ketebalan 8 cm. Ada juga jenis yang lain, seperti bentuk papan yang mirip dengan perahu kecil atau jenis-jenis lain yang secara substansial tidak ada standar ukurannya, tetapi tetap mengacu pada aturan yang sudah disepakati, terutama jumlah lubang congkak.
2. Lubang untuk permainan congkak berjumlah 16 buah, 2 buah lubang untuk rumah/induk dan 14 lubang kampung. Buah congkak berjumlah 49 buah untuk masing-masing pemain.
3. Setiap pemain memiliki 7 buah lubang kampung dan 1 buah lubang rumah/induk yang terletak di sebelah kiri masing-masing pemain. Lubang yang boleh diisi dengan buah congkak adalah lubang kampung, masing-masing diisi sebanyak 7 buah.
4. Pergerakan permainan congkak memutar dari kanan ke kiri seperti arah jarum jam dengan melewati lubang kampung milik sendiri dan milik lawan.
5. Ketika permainan berlangsung, setiap pemain boleh memasukkan buah congkak ke lubang kampung sendiri atau milik lawan, kecuali lubang rumah/induk milik lawan.Bila salah satu pemain memasukkan buang congkak ersebut ke dalam lubang rumah milik lawan, maka pemain tersebut dinyatakan “mati”dan permainan dilanjutkan oleh pemain berikutnya.
6. Permainan congkak bertujuan untuk memasukkan buah congkak dari lubang kampung ke lubang rumah/induk milik sendiri dengan cara melewati lubang-lubang yang ada searah jarum jam.
7. Salah satu pemain dinyatakan menang, apabila ia dapat mengosongkan 7 buah lubang kampungnya dengan memasukkan buah congkak ke lubang rumah/induk miliknya.
Mungkin ada beberapa di antara kalian yang berfikir bahawa permainan congkak ini sungguh merepotkan kerana mempunyai banyak aturan permainan. Bayangkan jika anda bermain tanpa aturan-aturan tersebut. Apakah permainan tradisional ini akn masih menarik bagi anda. Menurut saya, aturan tersebutlah yang membuat setiap permainan menarik dan beda daripada yang lain.
Informasi di atas diambil daripada http://culture.melayuonline.com/?a=cXd3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=
Gambar diambil daipada http://malaysiana.pnm.my/03/images03/congkak_2.jpgPosted by bb2008sherly at 9:44 PM 1 comments
Tuesday, July 15, 2008
Asal-usul permainan congkak
Menurut beberapa orang, congkak boleh sahaja berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000SM.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Lalu congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak berkembang dari Melaka, melihat bahawa negeri ini merupakan pusat perdagangan pada zaman dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdgangaan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang mewah. Sementara di kalangan rakyat jelata, congkak dimainkan sekadar dengan membuat lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
Congkak begitu popular dan diminati sehingga banyak peminat mencipta pelbagai lelaman web. Dalam lelaman-lelaman web ini ditunjukkan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Ada beberapa orang yang mengadakan permainan congkak dalam talian.
Ternyata banyak daripada nenek moyang kita yang tidak pasti dengan sejarah congkak. Saya sendiri pun tidak pasti. Saya selalu menganggap bahawa congkak berasal dari negeri-negeri Melayu, seperti Malaysia dan Indonsia. Saya berharap informasi di atas boleh menambah pengetahuan anda semua.
Informasi diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak
Posted by bb2008sherly at 12:30 PM 0 comments
Congkak
Sewaktu kecil, saya sering bermain congkak bersama adik saya. Permainan itu cukup mudah untuk dimainkan. Kita tidak perlu mempunyai kemampuan khusus untuk bermain congkak, berbeda daripada permainan gasing di mana kita harus berlatih meningkatkan kemampuan kita untuk bermain.
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah. Permainan ini menggunakan biji, contohnya, biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung congkak dipanggil juga Jongkok.Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Banyak orang yang tidak yakin jika pengaruh luar telah datang dan menciptakan permainan congkak itu bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu.
Informasi diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak
http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm
Gambar diambil daripada http://malaysiana.pnm.my/03/images03/congkak_5.jpg
Posted by bb2008sherly at 11:54 AM 0 comments
Sunday, July 13, 2008
Sebab-sebab gasing perlu dilestarikan
Permainan tradisional memang terkadang tidak menarik. Saya sendiri pun suka berfikir hal yang sama. Apabila kita mencuba untuk mengambil hikmah, permainan itu sebenarnya merupakan permainan yang bermakna. Selain bersifat olahraga, permainan gasing juga bertujuan mempererat persaudaraan dan persatuan sesama masyarakat. Hal ini pun membantu melestarikan satu dari sekian banyak permainan tradisional yang hampir punah kerana kemajuan teknologi di dunia yang semakin canggih yang menyebabkan banyak orang untuk mula melupakan permainan yang dimainkan sejak zaman nenek moyang kita.
Dengan alasan tersebut, beberapa orang berusaha untuk mengangkat permainan gasing menjadi salah satu permainan yang akan dipertandingkan dalam festival olahraga tradisional. Hal ini boleh membantu melestarikan karya budaya.
Gambar diambil daripada ttotz.blogspot.com/2008_03_01_archive.html
Posted by bb2008sherly at 3:30 PM 0 comments
Thursday, July 10, 2008
Apakah gasing merupakan permainan tradisional yang digemari oleh orang?
Menurut informasi yang saya dapatkan daripada rakan-rakan saya, banyak daripada mereka yang tidak terlalu menyukai permainan gasing. Salah satu rakan saya yang berjantina perempuan mengatakan bahawa permainan gasing merupakan permainan lelaki. Rakan saya yang lain berpendapat bahawa permainan gasing sukar untuk dimainkan dan membosankan. Tidak banyak orang yang mempunyai kemampuan untuk bermain gasing.
Namun, ada pula orang yang menyukai permainan tradisional ini. Salah satu rakan saya berpendapat bahawa bermain permainan tradisional itu cukup menyenangkan, contohnya gasing. Ibu saya tidak pernah memainkan permainan gasing, tapi beliau tahu. Beliau berasa bahawa permainan gasing itu menarik. Gerakan gasing yang berputar dengan sangat cepat itu sehingga perlahan-lahan melambat kemudian berhenti merupakan salah satu keunikan daripada permainan yang terbuat daripada bambu ini.
Menurut pendapat saya sendiri, permainan gasing ini mungkin permainan yang menyenangkan dan menarik jika kita mengetahui bagaimana cara memainkannya. Banyak daripada kita yang tidak mempunyai kemahiran untuk menguasai permainan gasing ini. Oleh sebab itu, banyak juga daripada kita yang tidak mahu mencuba untuk mempelajari cara-cara gasing dimainkan.
Gambar diambil daripada ceritasibundanissa.blogspot.com/2007_04_01_ar...
Posted by bb2008sherly at 8:17 PM 0 comments
Tuesday, July 8, 2008
Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk membuat gasing
Saya tidak tahu bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat gasing. Daripada lelaman, saya mendapatkan informasi kalau kayu yang paling sesuai untuk membuat gasing ialah kayu daripada spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol, dan merbau keradah. Kayu tersebut mesti mempunyai sifat yang mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu, kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, dan keranji pun boleh juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.
Besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik. Lalu kayu tersebut akan dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan.
Setelah selesai, persiapan untuk kerja-kerja terakhir mula dilakukan. Contohnya, kita boleh melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan membuat gasing tidak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya, tanduk kerbau dipasangkan di bahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Hal ini hanya dilakukan pada gasing leper atau gasing uri sahaja.
Informasi di atas didapat daripada http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm
Posted by bb2008sherly at 12:15 PM 1 comments
Sunday, July 6, 2008
Cara gasing dimainkan
Saya mendapatkan informasi bahawa kita dapat bermain gansing tanpa mangetahui lima langkah yang penting, Gasing dimainkan dengan lima langkah utama, iaitu:
1. melilit gasing dengan menggunakan tali berbahan nylon atau yang berbahan lain yang mempunyai panjang 3-5 meter.
Caranya, lilitkan tali terlebih dahulu di tangan sebelah kanan, di bagian lengan dan jari-jari tangan. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing.Setelah itu, tali gasing diletakkan di bahagian leher gasing. Kemudian, tali dililit hingga menutupi badan gasing.
2. memutar gasing dengan cara disorong, lalu ditarik, atau dilempar kemudian ditarik.
Cara pertama, posisi badan pemain haruslah membungkuk sekitar 45 drajat dan posisi gasing harus tegak dan pastikan bahawa posisi ibu jari tangan mengahadap ke atas. Ketika gasing dilepas, tangan pemain harus ditarik dengan kuat agar gasing berputar dengan lama.
3. memindahkan gasing dalam keadaan berputar ke tempat lain. Hal ini untuk memastikan putarannya tahan lama.
4. Memangkah gasing adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam setiap pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
Pangkah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Gasing mestilah di aras bahu dan siku dan separas dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ayunan tersebut boleh memecahkan gasing lawan. Oleh sebab itulah, dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.
Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat, dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.
Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.
5. Mengangkat gasing. Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, gasing perlu diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dapat dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana keligatan gasing akan mengiring jika kedudukannya tidak tegak. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang. Ketika mengangkat patak, usahakan untuk tidak menyentuh tali kerana hal ini akan mengurangkan keligatan.
Lima langkah di atas memang cukup rumit dan sulit untuk dipalajari. Hal ini bukan berarti memungkinkan kita untuk tidak mampu mempelajari cara bermain gasing. Pemain-pemain profesional pun harus belajar daripada awal. Usaha merekalah yang membuat mereka mahir bermain gasing. Kita pun boleh menjadi seperti mereka asal kita berusaha.
Informasi di atas didapat daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing
http://culture.melayuonline.com/?a=c3d3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx
Gambar di atas diambil daripada http://www.pontianakpost.com/images/6-gasing_1-tbl-f.jpg
202.188.73.130/itsr07003/Cara_Bermain.html
masrizan.blogspot.com/2008/01/gasing-pangkah.html
Posted by bb2008sherly at 7:55 PM 0 comments
Tuesday, July 1, 2008
Gasing
Gasing ialah sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya sambil mengimbang pada satu titik. Permainan ini digemari oleh orang-orang melayu dan mereka sering memainkannya semenjak mereka masih kecil. Permainan ini biasanya dimainkan selepas selesai musim menuai setiap tahun. Gasing tidaklah mudah untuk dimainkan. Untuk memusing gasing, pemain memerlukan ketangkasan dan kecekapan sperti kemahiran dalam memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Gasing pun mempunyai banyak jenis, seperti gasing toyol, gasing begelen, gasing kuno, dan lain-lain.
Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper, licin, dan mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul penemuan yang meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Istilah ligat disebut "gah", yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing. Daripada istilah inilah, permainan gasing bermula.
Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Kerana itu, timbulah idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligat dan pusingannya tidak tahan lama.
Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Alat tersebut kemudian dibentuk sedemikian rupa sehingga menyerupai bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.
Ternyata gasing mempunyai banyak sejarah. Meskipun kita tidak tahu sejarah yang sebenarnnya, kita harus bersyukur kerana ada orang-orang zaman dahulu yang cukup cerdik untuk menciptakan permainan gasing sehingga kita dapat menikmati permainan gasing hingga saat ini.
Informasi di atas didapat daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing
http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/asalUsul.htm
Gambar di atas diambil daripada www.ta0.com/topspin/topspin.html
Posted by bb2008sherly at 10:44 PM 0 comments
Rakaman bermain gasing. Selamat menonoton.....
Mari bernyanyi bersama! Siti Nurhaliza - Cindai
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu
Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku
Hias cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang
Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan
Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan
Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi
Gurindam lagu bergema takbir
Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati
Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali