Menurut beberapa orang, congkak boleh sahaja berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000SM.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Lalu congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak berkembang dari Melaka, melihat bahawa negeri ini merupakan pusat perdagangan pada zaman dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdgangaan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang mewah. Sementara di kalangan rakyat jelata, congkak dimainkan sekadar dengan membuat lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
Congkak begitu popular dan diminati sehingga banyak peminat mencipta pelbagai lelaman web. Dalam lelaman-lelaman web ini ditunjukkan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Ada beberapa orang yang mengadakan permainan congkak dalam talian.
Ternyata banyak daripada nenek moyang kita yang tidak pasti dengan sejarah congkak. Saya sendiri pun tidak pasti. Saya selalu menganggap bahawa congkak berasal dari negeri-negeri Melayu, seperti Malaysia dan Indonsia. Saya berharap informasi di atas boleh menambah pengetahuan anda semua.
Informasi diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak
0 comments:
Post a Comment