THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Gambar-gambar permainan tradisional

Rakaman video bermain congkak. Selamat menonton.....

Tuesday, July 1, 2008

Gasing

Gasing ialah sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya sambil mengimbang pada satu titik. Permainan ini digemari oleh orang-orang melayu dan mereka sering memainkannya semenjak mereka masih kecil. Permainan ini biasanya dimainkan selepas selesai musim menuai setiap tahun. Gasing tidaklah mudah untuk dimainkan. Untuk memusing gasing, pemain memerlukan ketangkasan dan kecekapan sperti kemahiran dalam memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Gasing pun mempunyai banyak jenis, seperti gasing toyol, gasing begelen, gasing kuno, dan lain-lain.

Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper, licin, dan mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul penemuan yang meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Istilah ligat disebut "gah", yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing. Daripada istilah inilah, permainan gasing bermula.

Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Kerana itu, timbulah idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligat dan pusingannya tidak tahan lama.

Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Alat tersebut kemudian dibentuk sedemikian rupa sehingga menyerupai bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.

Ternyata gasing mempunyai banyak sejarah. Meskipun kita tidak tahu sejarah yang sebenarnnya, kita harus bersyukur kerana ada orang-orang zaman dahulu yang cukup cerdik untuk menciptakan permainan gasing sehingga kita dapat menikmati permainan gasing hingga saat ini.



Informasi di atas didapat daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing
http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/asalUsul.htm

Gambar di atas diambil daripada www.ta0.com/topspin/topspin.html

0 comments:

Rakaman bermain gasing. Selamat menonoton.....

Mari bernyanyi bersama! Siti Nurhaliza - Cindai

Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu

Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku
Hias cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang

Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan

Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi

Gurindam lagu bergema takbir
Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati

Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali